Away friendly match played on 11 February 2018.
Kicked off at 8:25 AM

Scorer : 30' , 89' M Zaheezul Yusof (freekick) ( Khairul Mazlan) 45' Khairul Anuar (Assist) 66' Faizul Akmal ( Muhammad Muhaimin Mustafa)

Kara Oldboys kembali pagi ini untuk menambahkan koleksi kemenangan setelah minggu lepas berehat. Padang UKRC menjadi gelanggang pertarungan antara pendatang baru AEON Arc FC. Keadaan padang yang agak lembut sedikit mencacat tempo permainan. Pemain2 yang hadir menggalas cabaran FC Kara Oldboys kali ini terdiri daripada :

GK Alif Idris . DEF Midi Hafael Bako Muhamad Affifuddin Hafez Retro Mukhtar Mustafa Pok Syed Sharifah Zuraidah N Azin

MID State Khairul Mazlan Rahman Mohamed Mohamad Hanis Muhammad Muhaimin Mirza Syahmi Abd Wahab ShahReza Mohamed

FWD Ejoe GaaZi Ruz . Perlawanan dimulakan dengan tempo yang perlahan kerana keadaan padang yang becak menyukarkan pergerakan para pemain. Serangan dan bertahan agak terbatas. Ball Soon Vito dan Azam Abd Halim merupakan key player AEON FC tidak memberi jalan mudah kepada pemain2 Kara Oldboys. Aniq mengemudi pertahanan tampak kemas dan sekali sekala Ikhwan mengejar bola bagi memberi tekanan kepada pertahanan Kara Oldboys. Akhirnya Kara Oldboys dikejutkan dengan gol awal AEON FC apabila penyerang mereka berjaya melepasi perangkap offside sekaligus membuka jaringan. Beberapa peluang juga diperolehi Kara Oldboys namun hampir 7 peluang jaringan disia2kan oleh Hanis. Alasan yang diberi keadaan padang yang teruk. Kalau semua peluang itu diterjemahkan ke jaringan Kara Oldboys sudah mendahului dengan 7 jaringan. Separuh masa pertama tamat 0-1.

Separuh masa kedua bermula dengan Kara Oldboys merancakkan serangan dengan bertubi2. Akhirnya peluang diperolehi apabila Mirza dikasari dan dihadiahkan sepakan percuma dari jarak 30m. Seperti biasa Ejoe akan mengambil tugas menyempurnakan sepakan percuma ini. Motta berbisik supaya merembat terus. Dan Ejoe mengambil langkah dan merembat bola melencong terkena palang dan menerjah ke jaring. Umpama jaringan Juninho Lyon. Beberapa minit berselang Kara Oldboys mendahului apabila Muhaimin membuat throw in terus kepada State yang kemudian terus merembat dari jarak 25m dari sebelah kiri gol terus ke far post. Separuh masa kedua tamat dengan jaringan 2-1.

Separuh masa ketiga bermula dengan Kara Oldboys memulakan sepak mula. Serangan bertalu2 dari Kara Oldboys namun AEON FC tetap kental bertahan. Sesekali lorongan2 berbahaya dari Azam turut mengkucar-kacirkan Afif ngan Hafez. AKibat terlalu selesa pemain2 Kara Oldboys lambat turun untuk membantu pertahanan. AKhirnya akibat kelekaan benteng pertahanan Kara Oldboys, Aeon FC memperolehi 2 gol dalam masa 10 minit. Gol kedua terhasil apabila Ikhwan melorong bola kepada Striker yang berjaya memperdayakan GK tetapi masih berjaya menolak bola sungguhpun di cabar oleh Afif. Gol ketiga AEON FC apabila Ikhwan mengasari GK Kara Oldboys dan Mirza gagal menahan bola yang bergolek masuk tanpa kehadiran Alif yang kesakitan menahan kesakitan. Kedudukan terikat 3-3 dan masa permainan berbaki lagi 10 minit. Pertukaran seterusnya Ejo masuk menggantikan Muhaimin yang agak tumpul dari awal permainan. Akhirnya percaturan yang amat2 berbaloi apabila Ejoe yang mendapat umpanan menarik dari Kerol terus memperdayakan lawan dan mengjungkit bola melepasi GK. Kara Oldboys kembali mendahului 4-3. Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.

Featured Match Reports

Are you looking for something ? Search the TeamStats directory...

Team management made easy

Football team organiser? TeamStats is the ultimate football coach app, providing powerful all-in-one software to grassroots football teams around the world.

Learn more
Used around the world by clubs and teams from:
  • The FA Logo - English Football Association
  • Northern Ireland FA Logo
  • Scottish FA logo
  • United States Soccer Logo
  • Welsh FA Logo
  • Eire Football Association Logo
  • Czech Republic Football Association Logo
  • Singapore Football Association Logo
  • Australia FFA logo - Football Federation Australia