Home friendly match played on 15 April 2018.
Kicked off at 8:00 AM

Kacuk FC kembali minggu ini menentang Telolona FC. Namun beberapa player utama Kacuk FC tidak daoat beraksi kerana menggalas tugas pasukan negara. Ketibaan pemain-pemain hanya 14 org termasuk GK Fais Ozil. Kehadiran Captain tidak dapat membantu kerana kecederaan tapak kaki sehingga tidak dapat beraksi. Namun memberi sedikit semangat kepada pasukan apabila mula kurang yakin akibat kekurangan pemain gantian.

GK Fais Ozil . DEF Azmun Amin Muhamad Affifuddin Rahman Mohamed Ezzy Azzmiel

MID Faizul Akmal Hariz Hasshim Mat Yie Yeh Etihad Idris Muhammad Muhaimin Mustafa Shafiee Hasbullah . FWD Mazuan Mansor Noor Hisham Affizam . Separuh masa pertama bermula dengan Kacuk FC membuat sepak mula oleh Mazue. Barisan pemain kali ini tampak serasi apabila State bertindak selaku midfield yang bergerak mengutip bola dari bawah dan membawa ke atas untuk serangan. Hariz juga memainkan peranan penting apabila beraksi seperti 5 tahun dahulu. Sekali sekala berjaya melepasi pertahanan dan menghantar bola ke depan gol. Boy yang membawa cabaran di sebelah kanan kurang bertenaga kerana kurang masa bermain. Mazue terpaksa turun untuk membantu pemain tengah dan Sham bertindak untuk support serangan. Fais begitu selesa apabila sedikit menolong Amin dan Ezzy menahan asakan lawan. Amin dan Ezzy begitu selesa apabila berjaya menghalang beberapa serangan berbahaya Telolona FC oleh penyerang mereka yang lincah. Muhamad Affifuddin dan Rahman Mohamed sekali sekala membuat overlap tetapi masih gagal membuat jaringan. Akhirnya Yeh Etihad Idris memecah kebuntuan apabila menyambut bola muntah rembatan Mazue yang gagal ditampan kemas GK Telolona FC dan terus menolak menggunakan kaki kiri beliau. Gol kedua hasil sepakan penjuru oleh Yeh Etihad Idris yang cuba ditanduk keluar pertahanan Telolona FC tetapi sampai kepada State yang free terus merembat ke kiri gol. Separuh masa pertama tamat dengan jaringan 2-0.

Separuh masa kedua bermula dengan Mazue membuka jaringan hasil rembatan kencang selepas merampas bola dari pemain lawan dan terus mencari peluang merembat kencang untuk gol ke3. Gol ke4 hadir hasil kesilapan pertahanan yang membiarkan bola ke GK namun berjaya dipintas Mat Yie untuk menolak terus ke dalam gol. Fais bertindak cemerlang apabila menepis percubaan berbahaya di sebelah kiri beliau. Situasi seperti hampir bolos namun ketangkasan Fais menidakkan percubaan itu. Boy sekali lagi menempa nama sebagai assist apabila memberi bola cutback kepada Muhammad Muhaimin Mustafa tetapi gagal ditahan kemas namun Mazue sudah bersedia dan sekali lagi merembat kencang untuk gol ke 5 dan ke2 peribadi beliau. Mazue kehausan gol apabila menerima hantaran thru ball terbaik dari Hariz Hasshim dan merembat sekali lagi untuk gol ke6 pasukan dan hatrik peribadi beliau yang ke2 untuk Kacuk FC. Separuh masa kedua berakhir dengan jaringan 6-0.

Separuh masa ketiga bermula apabila kesemua pemain kepenatan dan ini memaksa Captain Ejoe bersiap2 untuk masuk walaupun menghadapi kesukaran berlari kerana kecederaan tapak kaki. Namun ini hanya merencatkan sistem pertahanan kerana sistem serangan beliau sedikit tidak terjejas. 2 hantaran berbahaya beliau kepada Hariz dan Mazue hampir2 menghadiahkan gol. Ejoe juga banyak membantu pertahanan kanan kerana Muhamad Affifuddin sering berjalan kaki ketika diserang. Senang kerja. Gol terakhir Kacuk FC dijaringkan oleh Hariz dari sebelah kiri setelah mendapat umpanan dari Mat Yie dan merembat menggunakan kaki kanan tetapi dari sebelah outer foot seperti jaringan Pogba ketika bersama Juventus.

Keputusan penuh : Kacuk FC 7 Telolona FC 0

Jaringan : Yeh - Mazue State - Boy Mazue - Yie Mazue - Boy Mazue - Harez Harez - Mat Yie

Featured Match Reports

Are you looking for something ? Search the TeamStats directory...

Team management made easy

Football team organiser? TeamStats is the ultimate football coach app, providing powerful all-in-one software to grassroots football teams around the world.

Learn more
Used around the world by clubs and teams from:
  • The FA Logo - English Football Association
  • Northern Ireland FA Logo
  • Scottish FA logo
  • United States Soccer Logo
  • Welsh FA Logo
  • Eire Football Association Logo
  • Czech Republic Football Association Logo
  • Singapore Football Association Logo
  • Australia FFA logo - Football Federation Australia