Home friendly match played on 07 January 2018.
Kicked off at 8:00 AM

Permulaan tahun baru bagi Kacuk FC nampaknya tidak seperti yang diharapkan apabila MENANGgung kekalahan pagi ini. Barisan pemain2 Kacuk FC hari ini terdiri daripada

GK Kasyaf Hamdi . Def Farid Mfby Ball Soon Vito Luqman Nawawi Hafez Retro Anif . Mid ShahReza Mohamed Hafidz Yusof Mohd Zulhelmi Yusof M Zaheezul Yusof Faizul Akmal Noor Hisham Affizam Lan Dan Nur Jiha Syafiq Yusof . Fwd Ikhwan Aisyah Khalid Mierul Hafiz Mazuan Mansor . Separuh masa pertama bermula agak perlahan bagi Kacuk FC yang berehat berbulan2. Syafiq Yusof dan Faizul Akmal yang sebelum ini biase bergandingan di bahagian tengah tetapi kali ini tampak agak kekok bermain bersama. Bola banyak dikawal Tigre FC dan Kacuk FC tidak dapat berbuat apa2 selain mengejar bola. Ade peluang di mana Mierul Hafiz telah menggelecek bola dan berjaya masuk ke dalam kotak penalti sebelum di bentes. Namun pengadil tidak meniup wisel seperti tidak berlaku apa2. Mane aci. Hafidz Yusof juga mendapat peluang lorongan bola dari State namun tidak dapat mengatasi kepantasan GK memintas bola. Gol pertama Tigre dan pertama perlawanan hadir apabila LM Tigre FC mendapat umpanan terus masuk ke dalam kotak penalti dan merembat masuk melepasi kawalan Kasyaf Hamdi. Gol kedua hadir selepas dari kesilapan Ejoe yang terlepas kawalan bola sehingga dapat kepada RM dan membuat cutback ke arah belakang yang sempat ditepis Kasyaf Hamdi tetapi singgah di kaki pemain Tigre FC dan menolak mudah masuk untuk gol ke2. Separuh masa berakhir Kacuk FC (0) dan (2) Tigre FC.

Separuh masa kedua bermula dengan Ejoe, Abg Mie dan Lan masuk mengemudi bahagian tengah dengan Lan sekali sekala ke posisi LM. Farid Mfby dan Mierul Hafiz mengemudi serangan yang kali ini nampak beberapa percubaan berbahaya namun tidak tepat ke sasaran. M Zaheezul Yusof mempunyai 2 peluang merembat di luar kotak penalti namun tidak menuju ke arah gol. Sekali mendapat umpanan cantik dari Farid Mfby tetapi agak jauh tersasar dari gol sekali lagi bola muntah yang hampir2 mencium palang gol. Farid Mfby juga sepatutnya dihadiahkan penalti setelah dijatuhkan di dalam kotak penalti namun sekali lagi pengadil tidak nampak. Sekali lagi peluang hadir apabila Ejoe mengambil sepakan sudut cantik singgah di kepala Mierul Hafiz dan terus ke far post tetapi menggunakan tangan oleh pemain Tigre FC namun sekali lagi pengadil tidak nampak. Kerap betul pengadil tidak nampak kali ini. Separuh masa kedua tamat dengan jaringan masih sama 0-2. . Separuh masa ketiga bermula dengan Kacuk FC mula serasi bermain dan ini ternyata benar apabila 2 gol berjaya dijaringkan. Gol pertama melalui Hafidz Yusof yang mendapat bola clearance dr GK Tigre FC kemudian merembat mudah untuk gol pertama. Gol kedua hadir apabila Mazuan Mansor mendapat thru ball cantik dari Syafiq Yusof yang kemudian menyudahkan dengan cantik sekali untuk gol kedua Kacuk FC. Perlawanan tamat dengan kemenangan berpihak kepada Tigre FC. Syabas untuk Kacuk FC bagi permulaan tahun baru 2018. Diharap jangan berputus asa dan terus berjuang untuk menaikkan kembali status Kacuk FC sebagai pasukan Weekend Team yang digeruni.

Sekian terima kasih

Featured Match Reports

Are you looking for something ? Search the TeamStats directory...

Team management made easy

Football team organiser? TeamStats is the ultimate football coach app, providing powerful all-in-one software to grassroots football teams around the world.

Learn more
Used around the world by clubs and teams from:
  • The FA Logo - English Football Association
  • Northern Ireland FA Logo
  • Scottish FA logo
  • United States Soccer Logo
  • Welsh FA Logo
  • Eire Football Association Logo
  • Czech Republic Football Association Logo
  • Singapore Football Association Logo
  • Australia FFA logo - Football Federation Australia