Home other match played on 06 April 2021.
Kicked off at 6:15 PM

Perlawanan kedua terakhir dan perlawanan terakhir di Padang Sony sebelum pasukan berehat untuk bulan Ramadhan bermula dalam cuaca yang agak sejuk dan tenang.

Untuk formasi kedua-dua pasukan, Alpha dan Omega agak berlawanan pada kali ini dengan Alpha menampilkan penyerang duo yang berpengalaman Allix dan Sam manakala Omega dengan penyerang trio remaja gabungan Ariff, Mujib dan Yo. Di bahagian tengah, Alpha mempertaruhkan Ayen, Renu dan Ti, Wan Cho pula berperanan sebagai defensive midfielder membantu barisan pertahanan mereka. Omega pula memberikan penampilan pertama Zam sebagai defensive midfielder dibantu oleh kapten pasukan Moss dan Jai. Barisan pertahanan kedua-dua pasukan tiada perbezaan apabila masing-masing meletakkan empat pertahanan untuk pasukan.

Alpha memulakan sepak mula dan perlawanan dari awal agak seimbang dan kemas buat kedua-dua pasukan. Bahagian tengah Omega di kawal kemas oleh Zam dan Jai yang cuba menghalang Alpha dari membuat percubaan ke arah pertahanan Omega. Omega cuba membuat percubaan awal ke arah gawang Alpha yang di kawal oleh Zul namun percubaan Ariff melewati jauh gawang Alpha. Mujib juga terlepas beberapa percubaan akibat asakan oleh pertahanan Alpha yang dikawal oleh pertahanan keras mereka Afy dan Yassir.

Penyerang Alpha, Sam banyak melakukan larian yang mengelirukan barisan pertahanan Omega selain bertujuan untuk meletihkan barisan kiri Omega, Boy. Dengan sedikit kucar kacir dibarisan pertahanan Omega, usaha Sam berbaloi apabila umpanan beliau dari kiri ke kanan barisan pertahanan Omega menepati Renu yang menunggu sekaligus menghadiahkan gol pertama buat Alpha apabila beliau tidak dicabar oleh bek kanan Omega, Ikmar dan Hazwan juga tidak menutup ruang sebaiknya memberi ruang buat Renu.

Alpha mendahului dengan satu gol di hadapan. Omega cuba menggandakan usaha untuk mencari gol penyamaan dengan Moss serta Jai banyak menghidupkan bola dari bahagian tengah dalam usaha melorongkan bola ke arah trio penyerang mereka. Yo kelihatan meletakkan dirinya sedikit bawah dari barisan asalnya berjaya membuat beberapa percubaan ke arah gawang Alpha. Satu dari percubaannya berjaya memberikan ruang kepada Mujib untuk menjaringkan gol apabila rembatan dari Yo membuatkan Zul gagal menangkap kemas dan memberi bola muntah kepada Mujib yang akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 kepada Omega.

Alpha sekali lagi membuat beberapa serangan terutamanya dari bahagian serangan tengah oleh Allix dan kiri oleh Sam. Alpha membuat pertukaran pantas ke arah kanan yang dikawal Renu. Akibatnya beliau berjaya menukar arah bola kembali ke arah Sam yang menunggu untuk menjaringkan gol namun gol itu dibatalkan kerana perangkap offside. Alpha mengasak lagi kubu pertahanan Omega yang agak longgar di bahagian kiri dan kanannya akhirnya membuahkan hasil apabila umpanan kemas Renu dari arah kanan berjaya di tanduk kemas oleh Sam yang tidak dicabar oleh barisan kiri Omega mengubati kekecewaannya gol yang dibatalkan sebelum ini dengan membawa Alpha kembali di hadapan dengan 2-1.

Omega cuba merapatkan kembali jurang gol dengan melakukan percubaan dari arah kiri Alpha. Ariff dan Yo banyak melakukan percubaan dari arah kiri yang dikawal oleh pertahanan kiri Alpha, Nuri dibantu oleh Yassir. Yo juga berjaya membuat rembatan deras namun dinafikan oleh barisan pertahanan Alpha. Omega mendapat peluang untuk menjaringkan gol apabila pemain Omega dijatuhkan dan dihadiahkan sepakan percuma. Yo mengambil sepakan percuma untuk Omega dan menjaringkan gol dari jarak luar kotak penalti apabila rembatan deras dan melengkungnya melepasi Zul dan menyamakan kembali kedudukan antara kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan saling menyerang sehingga ke tamat separuh masa pertama.

Untuk separuh masa kedua, Omega membuat pertukaran dengan membawa masuk pemain baru Azalli dan Fahmi masing-masing menggantikan Ikmar dan Jai. Dari taktikal untuk Omega, Boy ditempatkan atas dari kedudukan asalnya. Namun, ini tidak dapat mengubah apa-apa buat Omega apabila masalah pertahanan masih lagi menyelubungi mereka dan menjadikan pertahanan longgar. Alpha mengambil peluang ini dengan banyak membuat serangan dari arah kiri pertahanan membuatkan Peijal dan Zulot terpaksa bekerja keras untuk menerima asakan bertali arus Alpha.

Peijal dan Zulot cemerlang dalam mengawal barisan pertahanan Omega di kiri dan kanan dengan berjaya menyekat serangan oleh perancang mereka Ti dan serangan tengah oleh Allix. Di bahagian tengah, Moss cemerlang dengan berjaya mengawal permainan serta berjaya melorongkan bola kepada Yo dalam usaha menghasilkan gol. Zam dikeluarkan dan digantikan dengan Ikmar kembali. Azalli yang berhadapan asakan Sam dan juga Renu berjaya menyerap beberapa serangan dan larian deras mereka.

Untuk Alpha, menerusi Sam terdapat beberapa percubaan berbahaya darinya tetapi masih gagal diterjemahkan kepada gol apabila 2 daripadanya hanya singgah ke palang gol. Bahagian tengah Alpha cemerlang apabila gabungan pemain tengah mereka Wan Cho dan Hazrin bermain dengan penuh tenang dan berkeyakinan menyerap asakan berjaya menghalang cubaan membawa bola oleh Moss dan Yo ke arah gawang Alpha. Fahmi dari Omega juga beraksi cemerlang apabila kurang melakukan kesilapan dan berkeyakinan mengawal bola apabila berhadapan larian dan asakan dari kanan Omega oleh barisan serangan Alpha memberi sedikit kesukaran buat mereka.

Pada suku akhir perlawanan, masih tiada gol dapat di jaringkan oleh kedua-dua pasukan. Namun menjelang minit-minit akhir, kealpaan pertahanan Omega dihukum oleh penyerang Alpha gabungan Ti dan Allix berjaya membawa kembali Alpha dihadapan apabila kesilapan pertahanan Omega membenarkan Ti melorongkan bola ke Allix dan menjaringkan gol kemenangan buat Alpha.

Omega cuba melawan kembali dengan menyusun kembali corak permainan mereka. Peijal juga dibawa ke atas membantu serangan meninggalkan Fahmi, Zulot serta Azalli menjadi barisan pertahanan terkini. Tiada lagi pertambahan jaringan oleh mana-mana pasukan sehingga akhir perlawanan. Perlawanan berkesudahan 3-2 memihak kepada Alpha.

Perlawanan ini boleh disifatkan antara yang terbaik bagi kedua dua pihak. Permainan yang tersusun, disiplin pemain dan taktikal antara faktornya walaupum tidak berkekalan sehingga ke akhir perlawanan ekoran beberapa faktor antaranya keletihan, hilang fokus serta perubahan taktikal terutamanya pada babak kedua.

Corak jaringan yang menarik dapat ditonjolkan kali ini dengan gol menerusi hantaran pendek serta hantaran silang yang dapat disudahkan oleh penyerang. Tidak ketinggalan buat pertama kali gol dapat dijaringkan menerusi sepakan percuma oleh Yo yang baik dan kemas. Tindak balas penyerang akibat bola muntah juga semakin baik dan tidak disia-siakan kali ini.

Persembahan yang ditonjolkan oleh beberapa pemain juga mencuri perhatian. Antaranya penampilan pertama Zam sebagai defensive midfielder amat memberansangkan dan Zam dilihat amat selesa di posisi tersebut seterusnya dapat memberi impak kepada pasukan. Gandingannya bersama Jai juga menambah lagi kekuatan tengah Omega.

Fahmi mewakilI Omega juga kali ini menampilkan corak permainan yang lebih berkeyakinan serta mampu mengawal bola dengan lebih baik. Wan Cho dan Hazrim dari Alpha juga menampilkan permainan yang berkeyakinan serta lebih teratur dan kurang melakukan kesilapan menjadi antara faktor membolehkan bahagian tengah Alpha lebih tersusun dalam meneruskan asakan Alpha. Pemain baru, Azalli juga menampilkan ketenangan tanpa kesilapan besar biarpun menghadapi penyerang pantas Alpha, Sam dan Renu. Walau bagaimanapun masih banyak yang perlu ditunjukkan olehnya kepada pasukan selepas ini.

Barisan pertahanan terutamanya Omega, dikiri dan kanan yang dikemudi oleh Boy dan Ikmar masih perlu diperbaiki dan perlu lebih fokus dalam menghadapi serangan serta perlu lebih membuat cabaran kepada pihak lawan. Hazwan juga perlu lebih berani dalam menahan serangan dan membuat pertimbangan untuk menghadapi asakan lawan.

Secara keseluruhan satu permainan yang baik dan pasukan mampu untuk membentuk pasukan yang lebih baik dengan komitmen dan sokongan yang jitu oleh setiap pemain.

Featured Match Reports

Are you looking for something ? Search the TeamStats directory...

Team management made easy

Football team organiser? TeamStats is the ultimate football coach app, providing powerful all-in-one software to grassroots football teams around the world.

Learn more
Used around the world by clubs and teams from:
  • The FA Logo - English Football Association
  • Northern Ireland FA Logo
  • Scottish FA logo
  • United States Soccer Logo
  • Welsh FA Logo
  • Eire Football Association Logo
  • Czech Republic Football Association Logo
  • Singapore Football Association Logo
  • Australia FFA logo - Football Federation Australia