Home other match played on 12 October 2021.
Kicked off at 6:15 PM

Perlawanan ke 15 untuk musim ini bermula dengan cuaca yang sangat baik dan memberi peluang kepada para pemain untuk bermain dengan kondisi yang terbaik berikutan hujan pada minggu-minggu sebelumnya. Hanya seorang pemain yang membuat kemunculan semula iaitu Syed yang diletakkan bersama pasukan Omega di posisi kegemarannya pertahanan kiri.

Alpha memulakan sepak mula pada perlawanan kali ini dan terus mengatur serangan namun berjaya di halang oleh pertahanan Omega diketuai Peijal dan Syahir di bek tengah.

Omega dan Alpha saling berbalas serangan namun untuk 15 minit perlawanan tiada jaringan dapat dibuat berikutan kawalan baik serta disiplin bahagian pertahanan masing- masing mengekang asakan lawan.

Alpha cuba untuk berada dihadapan hasil percubaan kombinasi penyerang mereka Ariffuddin dan Allix namun tidak menemuo jaringan yang dicari. Omega juga tidak kurang hebatnya menerusi serangan bertali arus terutama di sayap kiri dan kanan yang dirancang masing-masing oleh Najmi dan Fahmi dengan dibantu pertahanan laju mereka Iman.

Moss berjaya beberapa kali membuat percubaan namun berjaya dihalang oleh penjaga gol Alpha, Ikmar yang cemerlang mengawal gawang untuk hari ini. Tamat separuh masa pertama, masing- masing terikat tanpa sebarang jaringan.

Dengan kekurangan pemain pada minggu ini, tiada sebarang petukaran dibuat oleh kedua-dua pasukan hanya sedikit perubahan posisi yang dibuat oleh kedua-dua pasukan.

Setelah sepak mula dimulakan kali ini oleh Alpha, serangan dirancang. Hasilnya pada suku pertama separuh masa kedua gol yang dicari dapat diterjemahkan oleh jaringan sulung Boy buat Alpha di dalam kotak penalti. Ianya susulan percubaan dalam kotak penalti Omega yang berjaya ditepis oleh penjaga gol Omega, Hazwan namun bola muntah tersebut berjaya disambar oleh Boy yang tidak dikawal oleh pertahanan kanan ketika itu. Kedudukan berubah kepada 1-0.

Omega mula melancarkan serangan bertubi-tubi kombinasi diantara Moss, Renu dan Ti cuba mencari gol penyamaan. Omega juga cuba bermain dengan high line apabila pertahanan mereka naik keatas sedikit dari kedudukan biasa.

Satu ketika penjaga gol Omega Hazwan cuba naik keatas dalam usaha membantu pasukan mendapatkan gol penyamaan. Usaha berterusan Omega berhasil ekoran gol penyamaan menerusi satu tandukan terbang dari kiri gawang Alpha menemui sasaran dan mengikat kedudukan semasa dengan 1-1.

Gol ini berpunca dari satu hantaran tinggi dari Moss terus ke arah kiri gawang menewaskan Ikmar untuk mengikat kedudukan. Kedudukan kekal 1-1 sehingga tamat perlawanan.

Satu permainan yang menguji ketahanan fizikal dan mental pemain ekoran tiada pemain gantian kali ini amat menguji kesemua pemain. Namun, semangat juang yang kental mengatasi keletihan pemain.

Namun antara perkara pokok untuk perlawanan kali ini adalah ketumpulan serangan oleh kedua-dua pasukan dalam mencari gol awal. Ini berikutan disiplin yang tinggi terutamanya pemain pertahanan dalam mengekang asakan pihak lawan.

Dengan berbaki satu minggu dari perlawanan persahabatan pada minggu hadapan, Coach Jason masih mempunyai masa untuk merencana barisan untuk perlawanan pada hari tersebut dengan beliau masih yakin terhadap keupayaan pemain serta memuji kualiti pemain yang meningkat. Namun, beliau juga mengingatkan pemain supaya untuk mengurangkan kesalahan asas pada perlawanan persahabatan kelak dari menghukum pemain dan seterusnya memberi kelebihan kepada pasukan lawan.

Featured Match Reports

Are you looking for something ? Search the TeamStats directory...

Team management made easy

Football team organiser? TeamStats is the ultimate football coach app, providing powerful all-in-one software to grassroots football teams around the world.

Learn more
Used around the world by clubs and teams from:
  • The FA Logo - English Football Association
  • Northern Ireland FA Logo
  • Scottish FA logo
  • United States Soccer Logo
  • Welsh FA Logo
  • Eire Football Association Logo
  • Czech Republic Football Association Logo
  • Singapore Football Association Logo
  • Australia FFA logo - Football Federation Australia