Home friendly match played on 25 June 2022.
Kicked off at 8:00 PM

Perlawanan persahabatan keempat musim ini buat pasukan bermula dengan moral yang agak baik selepas dengan percubaan yang agak memberansangkan semasa sesi latihan minggu lepas dengan menampilkan penyerang-penyerang muda pasukan dan mereka menjadi taruhan pada malam ini.

Perlawanan bermula dengan formasi 4-4-3 dengan Sam mengetuai jentera serangan sambil di bantu oleh Ti yang juga ketua pasukan untuk malam ini dari barisan tengah. Peijal menggalas tanggungjawab dari barisan pertahanan manakala Khai membuat penampilan pertamanya untuk KPJ Penang FC sebagai penjaga gol.

Dari minit awal permainan, Gasmen FC lebih banyak mengawal permainan dengan KPJ Penang FC sedaya upaya untuk memenangi bola kembali. Terdapat beberapa percubaan dari Gasmen FC namun ketangkasan dari Khai membantu pasukan daripada dibolosi. Namun, malang menimpa apabila Khai terpaksa dibawa keluar apabila mengalami kecederaan yang serius di kaki kirinya dan Hazwan dibawa masuk untuk menggantikan Khai.

Kesilapan Hazwan yang baru dibawa masuk memberi Gasmen FC peluang untuk mendahului saingan dengan satu gol dihadapan dan keputusan kekal sehingga separuh masa pertama. Memasuki separuh masa kedua, beberapa pertukaran dilakukan dengan Zulot, Najmi, Moeen, Leman dan Mujib dibawa masuk.

Separuh masa kedua Gasmen FC masih lagi mengawal permainan namun KPJ Penang FC tampak lebih berdisiplin dalam mengekang asakan dari pihak lawan. Banyak percubaan lorongan bola laju ke arah barisan pertahanan yang diketuai kali ini oleh Wafiy dapat dipatahkan. Gawang KPJ Penang FC cemas seketika apabila lawan dihadiahkan sepakan percuma selepas kekasaran oleh Leman ke atas pemain lawan namun berjaya diselamatkan oleh Hazwan.

Percubaan dari barisan tengah di antara Moss dan Ti yang cuba melorongkan bola di samping menggunakan kepantasan pemain sayap Boy dan Mujib di bahagian kanan sedikit sebanyak menganggu gugat barisan pertahanan Gasmen FC. Satu peluang keemasan dari Ti yang berjaya lolos ke kotak penalti lawan namun sepakannya tersasar keluar. Afy dibawa masuk untuk menggantikan Ti dalam usaha untuk mendapat gol penyamaan disamping memperkuatkan barisan tengah. Berakhir separuh masa kedua, Gasmen FC masih dihadapan dengan satu gol.

Pertukaran pemain diadakan dengan kesemua barisan dirombak untuk separuh masa terakhir. Zul, Shukri, Peijal, Fahmi, Nuri dibawa masuk. Pihak lawan tidak menunjukkan akan berhenti untuk mencari gol tambahan dan usaha mereka berhasil dengan Gasmen FC berjaya meledak gol kedua selepas memperdaya barisan pertahanan pasukan. Tidak selepas itu Gasmen FC berjaya menambah gol ketiga mereka hasil hantaran silang dari arah kiri gawang menewaskan Zul untuk kali kedua.

KPJ Penang FC mendapat satu lagi peluang keemasan apabila Boy berjaya melepasi perangkap ofsaid dan penjaga gol berdepan situasi satu lawan satu. Namun, sepakan Boy berjaya dihalang sekali gus KPJ Penang FC masih lagi ketandusan gol.

Faktor keletihan dan kurangnya fokus di kalangan pemain memberi peluang kepada Gasmen FC untuk menghukum barisan KPJ Penang FC dengan gol keempat mereka. Selang beberapa minit, satu lagi gol terhasil melalui larian solo penyerang Gasmen FC melepasi pemain pertahanan Wafiy untuk meledak gol kelima untuk mereka malam ini.

Pertukaran terakhir dilakukan dengan Wafiy digantikan dengan Zulot. KPJ Penang FC cuba bermain secara bertahan dengan beberapa pemain tengah dan serangan turun kebawah untuk membantu. Pada minit-minit akhir permainan, Gasmen FC berjaya mendapat satu lagi gol menerusi tandukan hasil dari sepakan sudut.

Wisel ditiupkan dan KPJ Penang FC pada awal dilihat dapat menyaingi pasukan lawan namun kecundang di akhir perlawanan dengan keputusan akhir KPJ Penang FC kalah besar 6-0 kepada Gasmen FC.

Satu perlawanan yang agak mengujakan pada awal permainan walaupun pasukan tidak dapat mengawal permainan namun semangat serta disiplin setiap pemain masih sama jika dilihat dari sesi latihan mingguan sedikit sebanyak berjaya mengekang kemaraan Gasmen FC dari mendapat gol awal.

Kecederaan yang menimpa Khai sedikit sebanyak mengalih tumpuan pemain dan pasukan berharap agar Khai cepat sembuh dan menjalani rawatan serta pemulihan sebaik mungkin.

Memetik komen dari pemain tengah pasukan, Dr Najmi mengakui pemain semakin baik bermain jika dilihat dari sesi latihan dan mampu memberikan saingan kepada lawan namun tidak pasti apa yang menyebabkan pasukan mengalami kekalahan besar kepada Gasmen FC. Beliau menyeru supaya post mortem dapat dijalankan berikutan prestasi hambar pasukan pada perlawanan malam ini.

Perlawanan seterusnya berdepan pasukan Politeknik Seberang Perai pada Rabu depan diharap dapat memberi sinar serta keputusan yang positif kepada pasukan dalam menuntut kemenangan pertama pasukan serta dapat bangkit dari kekalahan di Kopa Arena.

Featured Match Reports

Are you looking for something ? Search the TeamStats directory...

Team management made easy

Football team organiser? TeamStats is the ultimate football coach app, providing powerful all-in-one software to grassroots football teams around the world.

Learn more
Used around the world by clubs and teams from:
  • The FA Logo - English Football Association
  • Northern Ireland FA Logo
  • Scottish FA logo
  • United States Soccer Logo
  • Welsh FA Logo
  • Eire Football Association Logo
  • Czech Republic Football Association Logo
  • Singapore Football Association Logo
  • Australia FFA logo - Football Federation Australia