Away friendly match played on 24 September 2022.
Kicked off at 5:00 PM

Perlawanan kedua menentang satu lagi jiran KPJ iaitu Kedah Medical Centre FC di gelanggang lawan di Alor Setar. Sebelum perlawanan bermula, hujan mula mencurah agak lebat namun hanya seketika menjadikan perlawanan bermula dalam keadaan basah. Walaubagaimanapun keadaan padang yang merupakan rumput asli berada di dalam keadaan yang sangat baik dan memuaskan.

Perlawanan bermula dengan kedua-dua pasukan cuba membaca tingkah gerak lawan masing-masing. Pada minit awal permainan, tiada sebarang percubaan berbahaya dari kedua-dua pasukan dengan permainan masih berkitar di bahagian tengah. Gandingan Ayen dan Adli sambil dibantu oleh Afy dibahagian atas diberi kepercayaan untuk mengemudi bahagian tengah pasukan.

Memasuki 15 minit perlawanan, keadaan cuaca mula berubah menjadi terik dan padang mulai kering mula mengubah corak permainan terutamanya pasukan lawan dengan pihak lawan banyak menguasai bola. Pasukan cuba memanfaatkan kedudukan Boy dan Razif masing-masing dikiri dan kanan lawan dengan Wan Cho berperanan menjadi pengacau kepada benteng lawan.

Satu percubaan jauh oleh KMC FC cuba untuk menguji penjaga gol Hazwan namun gawang berjaya dikawal tanpa sebarang cabaran dari pemain lawan lain. Konsentrasi dan disiplin yang diterapkan oleh setiap pemain sekurang-kurangnya berjaya mengekang asakan pihak lawan. Namun, sedikit kealpaan dari bahagian tengah pasukan memberikan peluang keemasan pihak lawan untuk merampas bola dan mereka berjaya memperolehi gol awal hasil satu sepakan menewaskan Hazwan digawang.

Menuju keminit akhir separuh masa pertama, pasukan mencuba mendapatkan gol penyamaan namun kedudukan kekal dengan KMC FC dihadapan dengan satu gol.

10 pertukaran dibuat untuk separuh masa kedua dengan pasukan merancang untuk membuat serangan laju menerusi pemain-pemain laju seperti Renu, Sam dan Allix dibawa masuk. Pertahanan dan penjaga gol juga ditukar dengan Moss bermain di posisi penjaga gol dan Ikmar, Din dan Zulot di pertahanan.

Perlawanan bermula dengan keadaan yang seimbang. Namun, kecederaan awal sebelum permainan yang dialami oleh Ti membuatkannya dibawa keluar dan diganti dengan Mujib. KMC FC tidak menunjukkan tanda akan berhenti mengawal permainan dengan penguasaan bola dan serangan bertali arus mula ditunjukkan. Faiz dibawa keluar akibat kecederaan dan digantikan dengan Peijal menjadikan kesemua pemain pertahanan berada dalam keadaan bertenaga.

Namun, ianya masih tidak dapat menghalang KMC FC untuk mendapatkan gol kedua akibat salah faham dibahagian pertahanan. KPJ Penang FC cuba untuk membuat serangan balas namun masih tidak dapat diterjemahkan kepada gol.

KMC FC menjaringkan gol ketiga juga menerusi salah faham diantara penjaga gol dan juga barisan pertahanan. Hasilnya, penyerang KMC FC berjaya mencuri ruang untuk menjaringkan gol ketiga mereka. Peluang terbaik KPJ Penang FC untuk mendapatkan sekurang-kurang satu gol pada separuh masa kedua menerusi satu hantaran silang dari Allix ke bahagian gawang KMC FC dimana biasan dari tendangan untuk hampir menuju ke arah gawang mereka sendiri. Namun, tiada sebarang tindakan susulan dari penyerang untuk menjaringkan gol.

Kedudukan separuh masa kedua berakhir dengan KMC FC selesa berada dihadapan dengan 3-0.

Beberapa pertukaran dibuat dengan Hazwan dibawa masuk ke penjaga gol manakala Moss kembali ke posisi asalnya di bahagian tengah. Pertukaran drastik kali ini dengan Sam bergandingan denga Peijal dibahagian pertahanan tengah, begitu juga dengan Boy kembali ke posisi kegemarannya di pertahanan kiri.

Untuk separuh masa ketiga ini, KPJ Penang FC menguasai bola dan sekali gus perlawanan dengan banyak membuat larian dan asakan. Khidmat Syukur yang diletakkan sebagai penyerang diperlukan untuk membawa bola dan membuat hantaran silang ke arah kotak penalti lawan.

Usaha bertali arus dari tengah dan serangan KPJ Penang FC dibantu dengan barisan pertahanan mantap berjaya mengekang sebarang asakan dari KMC FC. Hasilnya, Moss berjaya meloloskan dirinya dari pemain KMC FC dan melorongkan bola ke arah Allix untuk mendapatkan gol buat KPJ Penang FC.

KPJ Penang FC cuba bermain dengan tenang walaupun KMC FC cuba menyerang secara psikologi terhadap pasukan. Pertukaran terakhir pasukan dilakukan dengan Ikhwan dibawa masuk menggantikan Ayen dalam usaha untuk melancarkan serangan dan membawa tenaga segar kedalam padang.

Perlawanan berakhir dengan KMC FC menang ke atas KPJ Penang FC dengan jaringan 3-1.

Perlawanan ini boleh dianggap sebagai seimbang secara keseluruhannya dengan KPJ Penang FC bermain sebagai satu unit dan penuh disiplin. Gol-gol yang dijaringkan pihak lawan akibat kesilapan dan juga komunikasi diantara pemain yang mana boleh diperbaiki dalam perlawanan akan datang. Usaha keras pasukan membolehkan pasukan berjaya mencuri satu gol sebagai satu motivasi yang baik untuk pasukan.

Dengan menjelangnya Sukan KPJ Wilayah Utara yang bakal dijalankan hujung tahun ini dan juga sesi latihan untuk bulan Oktober yang ditambah diharap dapat mempersiapkan pasukan ke arah keputusan yang positif dalam masa akan datang.

Featured Match Reports

Are you looking for something ? Search the TeamStats directory...

Team management made easy

Football team organiser? TeamStats is the ultimate football coach app, providing powerful all-in-one software to grassroots football teams around the world.

Learn more
Used around the world by clubs and teams from:
  • The FA Logo - English Football Association
  • Northern Ireland FA Logo
  • Scottish FA logo
  • United States Soccer Logo
  • Welsh FA Logo
  • Eire Football Association Logo
  • Czech Republic Football Association Logo
  • Singapore Football Association Logo
  • Australia FFA logo - Football Federation Australia