Home friendly match played on 24 August 2022.
Kicked off at 8:30 PM

Perlawanan persahabatan kedua ini merupakan peluang untuk KPJ Penang FC menebus kekalahan pada PKD SPT FC pada perlawanan yang lalu. Kesemua 26 orang pemain bersemangat untuk bangkit dalam perlawanan ini selepas beberapa siri latihan dan ujian telah dijalankan sebelum ini dan ianya diharap dapat memberi pulangan yang baik buat pasukan.

Perlawanan dimulakan dalam cuaca yang baik menerusi sepak mula oleh pasukan lawan. KPJ Penang FC tidak menunggu lama untuk mengawal semula permainan dengan lebih banyak mengasak kubu lawan dan mengawal keseluruhan perlawanan. KPJ Penang FC lebih banyak menguji gawang lawan dengan beberapa percubaan dari penyerang utama pasukan Sam dan Renu namun belum dapat membuahkan hasil.

PKD SPT juga cuba membuat beberapa percubaan dan berjaya memenangi beberapa sepakan sudut. Ketangkasan barisan pertahanan diketuai duo Peijal dan Faiz sambil dibantu oleh Nuri dan Ikmar masing-masing dari sudut kiri dan kanan. Barisan pertahanan diuji dengan beberapa kesilapan dari kanan namun berjaya ditampung semula oleh Ikmar sekaligus membuktikan kemampuannya untuk bersaing dalam perlawanan ini. Separuh masa pertama berakhir dengan masing-masing tanpa jaringan.

Kelebihan lebih memihak kepada pasukan KPJ Penang FC melalui persembahan separuh masa pertama namun kini kekuatan pasukan akan diuji dengan barisan separuh masa kedua yang lebih bermain secara bertahan yang akan terus mengekalkan momentum pasukan. Bahagian serangan kali ini memasukkan pemain tengah kental Yo sambil dibantu oleh Wan Cho dan Razif yang akan cuba menganggu barisan pertahanan lawan dengan larian-larian deras mereka. Najmi dibawa masuk untuk menguatkan lagi barisan pertahanan dan tengah. Ayen di bahagian kiri manakala Adli di bahagian kanan tengah. Barisan pertahanan pula membariskan Zulot, Wafiy, Din dan Shukri yang akan cuba membawa dinamik baru untuk separuh masa kedua ini.

Separuh masa kedua bermula dengan agak tegang ekoran perselisihan di antara Yo dan pemain pasukan lawan yang masing-masing cuba mencabar bola. Kedua-duanya dilayangkan kad kuning. Tidak berapa lama kemudian, perselisihan terjadi lagi di antara kedua-duanya mengakibatkan mereka dilayangkan kad merah dan dibawa keluar. Momentum pasukan serta moral tidak tergugat dan cuba bermain dengan sebaik mungkin. PKD SPT yang membariskan tenaga-tenaga muda cuba untuk mencari gol pertama menerusi larian deras dan juga sepakan percuma namun masih buntu untuk mendapatkan gol. Separuh masa kedua lebih seimbang namun kelebihan kali ini memihak kepada pasukan lawan. Namun disiplin dan fokus yang tinggi dari KPJ Penang FC berjaya menyerap segala tekanan dari pihak lawan sangat dipuji.

Separuh masa ketiga rombakan dilakukan dalam usaha mencari kemenangan dengan hampir kesemua pemain diganti dengan hanya Hazwan dan Wafiy dikekalkan. KPJ Penang FC mengawal asakan dan larian deras dari pasukan lawan dari memasuki gawang. Peluang PKD SPT mendapat gol awal menjelma akibat asakan dari Faiz keatas penyerang pasukan lawan menghadiahkan sepakan penalti. Pemain PKD SPT berjaya menjaringkan gol melalui penalti melepasi kiri penjaga gol Hazwan.

Dengan lawan mendahului satu gol dihadapan, beberapa tenaga segar dibawa masuk untuk memperkuatkan barisan pertahanan dengan Leman, Moeen dan Iman dibawa masuk. Perlawanan agak seimbang walaupun PKD SPT cuba bermain pantas menerusi larian deras namun barisan tengah diketuai oleh Allix berjaya mengekang asakan mereka.

Situasi cemas terjadi di gawang KPJ Penang FC apabila Iman tertampan bola ke arah gol sendiri hasil tepisan Hazwan namun bola singgah ke luar kawasan permainan. KPJ Penang cuba memperkemaskan permainan dengan beberapa hantaran dari arah kiri dan kanan melalui Renu dan Ariffuddin. Hasil asakan bertali arus membawa kepada gol penyamaan apabila satu hantaran pendek dari Moss berjaya diterima baik oleh Renu dan berjaya memperdayakan pemain lawan untuk menghadiahkan gol penyamaan untuk pasukan.

KPJ Penang FC seakan mendapat semangat baru dengan mengawal kemas serta disiplin dan fokus yang tinggi untuk mencapai kemenangan dengan serangan demi serangan. Hasilnya satu kuisan dari Ariffuddin berjaya dihidu oleh penyerang Sam untuk membawa pasukan dihadapan untuk gol kedua KPJ Penang FC. Beberapa pertukaran dibuat dengan Ti diganti oleh Azzali dan Sam diganti oleh Ayen.

Pemain baru dibawa masuk Azzali cuba membawa pasukan untuk menggandakan jaringan melalui hantaran silangnya namun tidak berjaya ditampan oleh mana-mana pemain. Perlawanan berakhir dengan keputusan KPJ Penang FC menang ke atas PKD SPT FC dengan dua gol berbalas satu.

Satu keputusan yang sangat membanggakan dengan pasukan berjaya menyerap tekanan melalui serangan demi serangan oleh pihak lawan. Selain itu, dibantu dengan fokus dan disiplin yang tinggi berjaya membantu pasukan untuk menang. Dengan kemenangan ini, KPJ Penang FC berjaya memperbaiki rekod musim lepas dimana pasukan hanya berjaya memenangi satu perlawanan sahaja. Namun, dengan ketibaan perlawanan-perlawanan akan datang diharap KPJ Penang FC akan terus memperoleh keputusan yang baik disamping dapat mengekalkan moral dan semangat di dalam pasukan.

Seterusnya, KPJ Penang FC akan turun menentang JKN Perlis dalam satu lagi aksi persahabatan pada Sabtu dan diharap momentum ini dapat dikekalkan untuk perlawanan seterusnya.

Featured Match Reports

Are you looking for something ? Search the TeamStats directory...

Team management made easy

Football team organiser? TeamStats is the ultimate football coach app, providing powerful all-in-one software to grassroots football teams around the world.

Learn more
Used around the world by clubs and teams from:
  • The FA Logo - English Football Association
  • Northern Ireland FA Logo
  • Scottish FA logo
  • United States Soccer Logo
  • Welsh FA Logo
  • Eire Football Association Logo
  • Czech Republic Football Association Logo
  • Singapore Football Association Logo
  • Australia FFA logo - Football Federation Australia