Home friendly match played on 07 September 2022.
Kicked off at 6:00 PM

Perlawanan persahabatan kesepuluh buat pasukan pada tahun ini melibatkan perlawanan di antara KPJ Penang FC dan jiran setempat dari Balai Bomba Bandar Perda.

Perlawanan dimulakan dengan KPJ Penang FC dengan garang memulakan gerakan untuk menguasai serta mengasak kubu lawan. Hasilnya, Ti berjaya mendapatkan gol awal buat pasukan hasil bantuan sentuhan dari Boy untuk menewaskan penjaga gol Bomba.

Dengan berjaya mendapatkan gol awal, sekurang-kurangnya menyuntik moral pasukan untuk bermain dengan lebih baik. Namun, pasukan Bomba berjaya menguasai permainan dan mula mengatur serangan terutama dari kanan dan kiri pertahanan pasukan KPJ Penang FC. Perancangan mereka membuahkan hasil apabila satu lontaran kedalam dapat diterima tepat pemain pasukan mereka dan berjaya menyusup menewaskan pertahanan pasukan seterusnya membuat percubaan dari arah kiri gawang KPJ Penang FC. Kedudukan terikat dengan satu sama.

Pasukan Bomba kini banyak menguasai permainan walaupun mereka hanya sekali sekala membuat percubaan namun barisan ampuh pertahanan KPJ Penang FC cuba menyerap segala percubaan. KPJ Penang FC tidak ketinggalan cuba untuk menyaingi pasukan lawan dengan beberapa larian deras dari arah kanan diketuai Razif yang cuba mencari penyerang, Sam namun dihalang oleh barisan pertahanan lawan.

Bomba walaubagaimanapun berjaya mendapat gol pendahuluan dengan gol kedua mereka berikutan sedikit kesilapan dari barisan pertahanan KPJ Penang FC. Pertukaran pertama dari pasukan dengan Aiman dibawa keluar dan digantikan dengan Wafiy yang cuba mengimbangi kembali momentum pertahanan pasukan. Separuh masa pertama berakhir dengan kelebihan memihak kepada pasukan Bomba.

Beberapa pemain diganti dengan keseluruhan posisi diganti untuk separuh masa kedua ini. Sesuatu yang positif dari separuh masa kedua ini ialah dengan kesemua pemain bermain dengan agak padat di barisa dengan sekurang-kurangnya berjaya mengekang asakan pemain lawan yang kini dibarisi pemain-pemain pantas mereka.

Barisan serangan pasukan kini diketuai oleh Ariffuddin dan Wan Cho cuba memberi saingan. Satu sepakan oleh Wan Cho mengenai sasaran namun berjaya dibaca oleh penjaga gol lawan. Begitu juga dengan satu percubaan yang nyaris membawa kepada gol penyamaan pasukan apabila Ariffuddin terlepas satu hantaran silang dari arah kiri oleh Mujib.

Asakan demi asakan akhirnya memihak kepada pasukan Bomba apabila berjaya mendapatkan gol ketiga buat mereka. Tidak lama selepas itu, Bomba melebarkan lagi jurang dengan jaringan keempat buat pasukan mereka. Satu pertukaran dibuat pasukan dengan Yo dibawa masuk menggantikan Zally. Berakhir separuh masa kedua, Bomba mendahului selesa dengan 4-1.

Untuk separuh masa ketiga dengan misi mencari gol untuk pasukan dengan beberapa pemain dimasukkan dalam mencari keseimbangan diantara tengah dan pertahanan. Bermula beberapa minit permainan dimainkan, Bomba mendapat dua gol awal yang meletakkan mereka selesa dengan enam gol dihadapan.

Pertukaran pemain dilakukan dengan Boy menggantikan Nuri untuk menguatkan barisan kiri pertahanan. Beberapa percubaan dari KPJ Penang FC namun gagal diterjemahkan kepada gol antaranya satu hantaran silang dari arah kanan kurang disempurnakan dengan kemas oleh Yo dan juga satu tandukan kemas oleh Ti hanya melewati palang lawan.

Bomba melalui minit-minit akhir perlawanan berjaya mendapatkan sepakan percuma ekoran kekasaran oleh Leman keatas lawan. Namun sepakan percuma gagal menembusi benteng pertahanan KPJ Penang FC. Perlawanan berakhir dengan Balai Bomba Bandar Perda menang 6-1 keatas KPJ Penang FC.

Satu lagi kekalahan besar yang dilalui oleh pasukan. Ekoran beberapa kesilapan mudah daripada beberapa pemain berikutan kurangnya pengalaman serta hilang fokus semasa bermain. Perkara positif yang boleh diambil apabila pasukan berjaya mendapatkan gol awal dimana ianya sangat penting dalam meningkatkan moral pasukan. Selain itu, beberapa pemain juga menunjukkan kesungguhan dalam usaha untuk membawa bola dan merebut bola juga harus dipuji. Barisan serangan juga tidak ketandusan beberapa percubaan berbahaya dengan 12 percubaan tepat berjaya dihasilkan sepanjang permainan.

Perlawanan seterusnya adalah penting dengan KPJ Penang FC akan turun menentang pasukan adik beradik, KMC FC pada hujung bulan ini dan dengan berbaki beberapa minggu diharap pasukan dapat memperbaiki segala kelemahan dalam sesi latihan selepas ini.

Featured Match Reports

Are you looking for something ? Search the TeamStats directory...

Team management made easy

Football team organiser? TeamStats is the ultimate football coach app, providing powerful all-in-one software to grassroots football teams around the world.

Learn more
Used around the world by clubs and teams from:
  • The FA Logo - English Football Association
  • Northern Ireland FA Logo
  • Scottish FA logo
  • United States Soccer Logo
  • Welsh FA Logo
  • Eire Football Association Logo
  • Czech Republic Football Association Logo
  • Singapore Football Association Logo
  • Australia FFA logo - Football Federation Australia