Home friendly match played on 27 August 2022.
Kicked off at 5:30 PM

Segar dari kemenangan dari perlawanan sebelumnya, KPJ Penang FC tiba ke perlawanan seterusnya dengan misi untuk mencari kemenangan kedua berturut-turut menentang pasukan PKD Kangar FC yang dibawa khas dari negeri utara Malaysia, Perlis.

Menurunkan barisan terbaik walaupun dengan sedikit pengubahsuaian terutama di bahagian serangan, pasukan cuba untuk memberikan yang terbaik. Seusai perlawanan bermula, bermulalah satu perjalanan yang agak mencabar berbanding dengan pasukan sebelumnya apabila PKD Kangar lebih banyak mengawal permainan dengan hampir 75% perlawanan dikuasai oleh pasukan lawan. Mereka membuat berbagai asakan dari perlbagai sudut. Ketangkasan barisan pertahanan KPJ Penang FC ditagih kali ini dalam usaha untuk menghalang asakan tersebut.

Usaha mereka membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan gol awal setelah hampir 20 minit KPJ Penang FC menyerap serangan demi serangan. Gol dihasilkan menerusi satu sepakan yang terkena pada Faizal sekaligus menewaskan penjaga gol Hazwan yang terlepas untuk menangkap bola tersebut. Pertukaran pertama dilakukan dengan Faiz yang cedera dibawa keluar dan digantikan dengan Wafiy. Kedudukan untuk babak pertama berakhir dengan PKD Kangar memimpin perlawanan dengan kelebihan satu gol dihadapan.

Untuk babak kedua permainan, pasukan menukar beberapa pemain antaranya Renu dibawa masuk untuk menajamkan bahagian serangan selepas pasukan hanya dapat membuat dua sahaja serangan ke arah gawang lawan. Babak kedua bermula dengan KPJ Penang FC mengawal permainan dengan lebih berhati-hati daripada kehilangan penguasaan bola kepada pihak lawan. Namun, pasukan lawan tampak lebih bersedia apabila cuba membuat serangan menerusi kiri pasukan. Mereka seakan-akan lebih ghairah untuk menguasai perlawanan.

Usaha mereka sekali lagi berhasil apabila satu lerekan bola melepasi penjaga gol Hazwan untuk membawa PKD Kangar dengan dua gol dihadapan. KPJ Penang FC cuba untuk mencari gol dengan menerusi beberapa serangan dari arah sayap kanan dan kiri yang kini dikemudi masing-masing oleh Ikhwan dalam debut pertamanya bersama pasukan dan juga Renu. Satu percubaan dari Allix hampir sahaja mengenai gawang namun hanya singgah di palang lawan. Hasil kombinasi Moss dan juga Renu berjaya mengelirukan pertahanan lawan namun tiada sebarang gol berjaya dijaringkan.

PKD Kangar FC sekali lagi menggunakan kelincahan dan kelebihan dari fizikal mereka untuk menjaringkan gol. Gol ketiga mereka hasil dari satu tampanan dari Hazwan berikutan cubaan dari pemain mereka namun tidak berjaya untuk dibawa keluar dari kawasan perlawanan. Peijal dibawa masuk untuk menggantikan Zulot dalam usaha untuk menguatkan barisan pertahanan. Fokus pemain-pemain seakan-akan tenggelam dengan PKD Kangar FC sekali lagi mengasak kubu pertahanan pasukan dengan beberapa percubaan. Mereka sekali lagi hampir untuk menambah jaringan melalu satu hantaran silang dari kiri gawang namun percubaan mereka tersasar.

Dengan penguasaan bola menjadi milik pasukan lawan, sekali lagi PKD Kangar menggandakan jaringan menerusi satu sepakan leret di sebelah kiri gawang menewaskan Hazwan untuk kali ke empat pada perlawanan ini. KPJ Penang FC diakhir-akhir minit separuh masa kedua cuba mendapat sekurang-kurangnya satu gol melalui satu percubaan dari kanan gawang oleh Sam namun percubaannya terkena pada tiang gol lawan. Tamat separuh masa kedua, PKD Kangar FC selesa dihadapan dengan empat gol keatas KPJ Penang FC.

Untuk separuh masa ketiga, beberapa pemain dibawa masuk dalam usaha sekurang-kurang untuk bertahan dari asakan lawan dan cuba memberi saingan keatas pihak lawan. PKD Kangar FC masih bernafsu lagi untuk menjaringkan lawan apabila mereka kelihatan menguasai perlawanan dengan lebih kemas pada kali ini tanpa memberikan sedikit ruang kepada pasukan untuk membuat sebarang percubaaan kali ini. Melalui pelbagai percubaan, PKD Kangar mendapat gol kelima mereka menerusi satu percubaan bola muntah hasil tampanan Hazwan dan lawan yang tidak dikawal menolak masuk untuk gol kelima mereka.

Hazwan dibawa keluar dan digantikan dengan Ikmar untuk meneruskan saingan. Wan Cho juga di bawa masuk untuk menggantikan Najmi. Belum pun reda dengan gol kelima, gawang KPJ Penang FC dibolosi untuk kali keenam dengan satu tolakan dari pemain lawan menewaskan Ikmar. Gawang KPJ Penang FC nyaris dibolosi untuk kali ketujuh ekoran kesilapan Ikmar yang memegang bola hasil hantaran dari Wafiy. Pengadil memberikan sepakan percuma di dalam kotak penalti namun barisan pemain berjaya menghalang pasukan lawan dari mencetak satu lagi gol. Wisel penamat dibunyikan dengan PKD Kangar FC enam gol, KPJ Penang FC kosong.

Satu perlawanan yang agak menguji keupayaan pasukan terutama dari segi mental. Ternyata pasukan lawan mempunyai permainan yang jauh lebih baik dari KPJ Penang FC baik dari segi permainan, kelebihan fizikal pemain dan juga corak perlawanan. Namun, dari satu sudut positif ini merupakan satu lagi proses pembelajaran dan pengalaman buat pasukan KPJ Penang FC. Semangat melawan dari pasukan juga sangat dipuji menerusi beberapa percubaan berbahaya terutamanya pada babak kedua yang menunjukkan pasukan masih mempunyai kualiti serangan yang baik namun masih memerlukan sokongan yang jitu dari barisan tengah yang mampu untuk melorong dan membawa bola ke kawasan lawan.

Diharap melalui siri perlawanan ini, walaupun berakhir dengan keputusan yang tidak memberansangkan namun melalui pengalaman inilah dapat membentuk sebuah pasukan yang baik di masa akan datang. Perlawanan seterusnya KPJ Penang FC dijadualkan akan menentang pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat pada September ini.

Featured Match Reports

Are you looking for something ? Search the TeamStats directory...

Team management made easy

Football team organiser? TeamStats is the ultimate football coach app, providing powerful all-in-one software to grassroots football teams around the world.

Learn more
Used around the world by clubs and teams from:
  • The FA Logo - English Football Association
  • Northern Ireland FA Logo
  • Scottish FA logo
  • United States Soccer Logo
  • Welsh FA Logo
  • Eire Football Association Logo
  • Czech Republic Football Association Logo
  • Singapore Football Association Logo
  • Australia FFA logo - Football Federation Australia