Away other match played on 21 September 2021.
Kicked off at 6:15 PM

Perlawanan ke 12 musim ini berlangsung dalam cuaca yang baik walaupun permainan bermula dengan kekurangan pemain dari Alpha pada awalnya. Omega memulakan sepak mula dan merancang serangan. Hasilnya pada awal-awal minit permainan Omega memperolehi gol awal hasil sepakan rendah Yo akibat kesilapan awal pertahanan Alpha yang membiarkan Ariffuddin membuat gerakan awal ke arah Yo.

Kepincangan awal pertahanan Alpha adalah ekoran kekurangan pemain di bahagian tersebut yang menyaksikan Nuri, Afif dan Iman mengemudi pertahanan Alpha kali ini. Alpha cuba mengatur serangan kembali tetapi pertahanan Alpha kembali dihukum apabila ruang diberikan kepada Mujib untuk membuat hantaran kepada Ariffuddin dan menyumbang gol kedua Omega selepas berjaya memperdaya penjaga gol Alpha, Hazwan untuk melebarkan jaringan Omega.

Keresahan Alpha berakhir selepas Afy dibawa masuk menjadikan perlawanan lebih seimbang buat kedua-dua pasukan. Alpha kembali merencana serangan yang lebih efektif yang diketuai Allix dan Renu yang dilancarkan dari sisi kiri Alpha. Serangan bertali arus ini membuatkan pertahanan Omega pula berhempas pulas menahan serangan Alpha. Hasilnya satu rembatan deras dari Renu berjaya menewaskan penjaga gol Omega, Zul yang gagal menepis kemas bola tersebut. Alpha merapatkan kedudukan dengan jaringan gol 2-1.

Perlawanan menghampiri penamat pada separuh masa pertama namun tidak menunjukkan tanda Alpha akan mengendurkan serangan ke arah lawan dengan kombinasi Wan Cho dan Moss dari arah tengah dengan dibantu oleh Ti dari arah bawah. Omega cuba mencabar dengan satu sepakan percuma dari Sam yang hanya melewati palang Alpha. Usaha Alpha untuk menyamakan kedudukan berhasil apabila dihadiahkan sepakan penalti akibat bola terkena tangan pemain Omega, Najmi. Allix menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti yang telah disempurnakannya.

Separuh masa pertama tamat dengan kedua-dua pasukan terikat 2-2. Omega hanya membuat satu pertukaran dengan Najmi diganti oleh Ikmar manakala Alpha kekal dengan barisan asalnya. Walaubagaimanapun, perubahan formasi ketara oleh Alpha dengan Iman bermain sebagai pemain 'wingback' dan menjadikan Alpha kembali dengan tiga pertahanan.

Alpha memulakan sepak mula dan cuba mengawal permainan sejak dari awal. Alpha cuba berada di hadapan apabila percubaan Fahmi sejurus sepakan sudut dari Allix sekadar melewati palang Omega. Pada ketika ini, Omega cuba membuat lebih banyak serangan dari tengah dan kiri yang jarang digunakan pada separuh masa pertama dengan mempertaruhkan Yo dan Azzali.

Pada pertengahan permainan, Omega berada kembali di hadapan susulan sepakan lintang oleh Sam berjaya mengelirukan dua pemain pertahanan Alpha, Afif dan Afy yang kemudiannya berjaya disambar oleh penyerang mereka, Ariffuddin yang mencetak gol kedua peribadinya selepas menewaskan penjaga gol Alpha, Hazwan dengan cara yang sama seperti gol awalnya. Omega kini mendahului Alpha dengan 3-2.

Alpha kembali menguasai permainan dengan melancarkan pelbagai serangan bertali arus hasil larian deras Iman dan Renu namun gagal menemui jaringan. Omega juga kembali melancarkan serangan dengan Yo cuba merembat dari arah kiri namun tersasar keluar serta percubaan jarak jauh dari Zulot namun tidak berjaya menambah gol.

Perlawanan berakhir dengan Omega menang 3-2 ke atas Alpha. Ini merupakan kemenangan pertama Omega selepas kali terakhir melakukannya pada Januari lalu.

Antara beberapa perkara yang dapat dilihat dari perlawanan ini adalah semangat bermain oleh setiap pemain yang harus dipuji. Pemain sudah serasi dengan posisi masing-masing dan cuba sebaik mungkin untuk bermain. Barisan serangan juga agak mantap dan tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol atau melakukan percubaan.

Keadaan rumput yang agak tebal serta berlecak merencatkan sedikit tempo perlawanan namun ianya bukan masalah besar bagi pasukan untuk menghasilkan permainan yang baik. Perancangan Alpha untuk mengubah posisi Iman dari pertahanan kepada 'wingback' juga membuahkan hasil dan diharap dapat diterjemahkan kepada potensi penuh di masa akan datang.

Featured Match Reports

Are you looking for something ? Search the TeamStats directory...

Team management made easy

Football team organiser? TeamStats is the ultimate football coach app, providing powerful all-in-one software to grassroots football teams around the world.

Learn more
Used around the world by clubs and teams from:
  • The FA Logo - English Football Association
  • Northern Ireland FA Logo
  • Scottish FA logo
  • United States Soccer Logo
  • Welsh FA Logo
  • Eire Football Association Logo
  • Czech Republic Football Association Logo
  • Singapore Football Association Logo
  • Australia FFA logo - Football Federation Australia